Bagaimana kami boleh membantu?

Hai! Selamat datang ke Pusat Bantuan kami.
Sila taip tajuk atau nama fitur yang anda ingin ajukan pertanyaan

Privasi dan Keselamatan

Di Badoo kami faham menjaga keselamatan dan melindungi privasi anda adalah terpenting sekali. Oleh yang demikian, kami telah menyediakan beberapa fitur untuk menguruskan perkara ini.

  1. Bagaimanakah saya boleh menjaga keselamatan saya?

    Sila lihat Tip Keselamatan Badoo yang boleh ditemui dalam Pusat Bantuan kami. Kami menasihatkan anda supaya jangan memberi sebarang maklumat peribadi atau maklumat kewangan kepada sesiapa saja melalui internet dan kami boleh mengesahkan yang Badoo tidak akan minta maklumat sebegini melalui bahagian 'Mesej'.

    Jika anda mempunyai apa-apa soalan mengenai keselamatan dalam talian, sila hubungi Team Bantuan Pelanggan kami.

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  2. Bagaimanakah saya boleh melaporkan gambar yang tidak sesuai?

    Kami memoderasi semua gambar yang dimuat naik ke Badoo tapi kadang kala, gambar yang salah berjaya mencuri masuk. Jika anda nampak gambar yang tidak sesuai atau imej palsu dalam Temu-Temu, sila beritahu kami dengan mengetik ikon bendera yang boleh ditemui di bawah setiap gambar dan pilih sebab mengapa anda melaporkan gambar ini. Jika anda nampak gambar yang tidak sesuai di luar Temu-Temu, sila laporkannya kepada kami dengan mengetik ikon di sudut kanan atas halaman profil pengguna tersebut, pilih 'Halang atau laporkan' dan pilih sebabnya.

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  3. Di manakah saya boleh melaporkan kelakuan kesat?

    Jika anda rasa pengguna lain berkelakuan kesat terhadap anda atau menggunakan bahasa yang tidak sopan, sila beritahu kami dengan mengetik ikon yang terletak di sudut kanan atas halaman profil mereka. Ketik 'Halang atau laporkan' dan pilih sebabnya.

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  4. Bagaimanakah saya boleh melaporkan profil palsu

    Jika anda pengguna mencipta profil palsu menggunakan butir-butir anda, sila hantarkan pautan ke profil palsu tersebut kepada kami menerusi borang Maklum Balas.

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  5. Bagaimanakah saya boleh melaporkan gambar dicuri

    Jika gambar anda telah digunakan tanpa kebenaran anda dan anda bukan member Badoo, sila hubungi kami dan hantarkan pautan ke akaun yang menggunakan gambar anda.

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak
  6. Bagaimanakah saya boleh menguruskan privasi saya?

    Anda boleh menguruskan privasi anda menerusi 'Tetapan' . Anda mempunyai pilihan untuk mengawal siapa yang boleh melihat profil anda, jika anda mahu menunjukkan jarak dan status online anda, jika anda hanya mahu dipaparkan kepada orang yang anda suka dan telah melawat dan jika anda mahu membenarkan carian menerusi e-mel.

    Untuk keterangan lanjut mengenai Privasi anda, sila rujuk Polisi Privasi kami.

    Dapatkah jawapan ini membantu anda? Ya - Tidak